~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 6 Julai 2011

sekadar untuk muhasabah kembali diriku dan juga dirimu atau mungkin dirinya ... d manakah kita dlm keadaan ini??
saban hari, aku x lepas dr memikirkan perkara ini dr pelbagai sudut.. meminta pendapat & pandangan dari ramai manusia sekeliling... (maaf.. bukan bertujuan utk mengaibkan sesiapa tau membuka pekung sendiri)
namun mengapa setiap kali... keputusannya tidak berpihak kepadaku??
masih aku ingin menegakkan benang yg sudah basah... mencuba tuk berfikir secara positif... menolak segala pendapat & pandangan yg tidak memihak kepada diriku... tapi... saban hari pula, kamu menyakiti hatiku.. mengukuhkan lagi pandangan & pendapat yg tidak memihak itu... sakitnya hati ini... sebalnya hati ini.. kecewanya hati ini hanya Tuhan yang tahu...
mengapa tidak pernah kamu mengerti yg hati ini terasa sgt terluka & sakit pabila setiap kali, kamu mencuba tuk melindungi dirinya.. pernah tak kamu mengerti bertapa kecewanya hati aku pabila terpaksa putuskan talian telefon kerana dia yg sms tau menelefon kamu?? pernah tak kamu fikirkan betapa aku ingin menangis pabila kamu meminta supaya aku berbohong mengenai hubungan kita sekiranya dia menelefon aku??
tentunya tidak pernah kan?? sebab itu kamu sanggup untuk berbuat demikian...
siapa aku dalam hidup kamu??
 
kamu syg dia kan??
sebagai seorang perempuan.. aku dpt rasakan kamu syg dia..
andai tidak... kamu xk sanggup utk melakukan semua itu..
 
mengapa perlu kita takut untuk menghadapi keadaan yg kita betul2 yakin, itu yang terbaik untuk kita... itu yg kita mahukan dalam hidup kita...
kamu seorang lelaki... bakal seorang pemimpin...
mengapa perlu takut utk membuat keputusan dan menghadapi kenyataan??
kamu sepatutnya bersedia utk menghadapi segalanya dan berani untuk mempertahan diri kamu...
yakinlah.. rezeki Allah itu ada d mana2... bukan terletak pd kuasa seorang manusia..
 
selama hari ni... kamu sentiasa dlm pemerhatianku... walaupun jauh, segala tingkahmu, percakapanmu, perbuatanmu... menjadi pemerhatianku...
dan ia juga diambil kira dalam penilaian ku...
apa yg sedang kita rancangkan kini bukan perkara yg kecil bg aku... ia suatu rancangan yg bakal merubah hampir keseluruhan hidup aku kelak..
kamu bakal pemimpin lurus bengkok perjalanan hidup aku... kamu bakal pendidik & model terpenting dlm hidup bakal putera puteri aku...
 
aku memohon maaf andai apa yg tertulis d atas adalah palsu & tidak benar...
aku harap kamu boley meminta pendapat org lain yg lebih arif tentang apakah keputusan yg sepatutnya aku ambil...
 
APABILA LELAKI ITU MENCINTAIMU....
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

 Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

 Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

 Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
 Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci.

Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

 Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

 Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

 Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

 Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

 Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

 Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

 Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.





Rabu, 22 Jun 2011

~~MeNcUbA TuK MeLuPaKaNmU~~

Ya Allah...
perasaan apakah ini??
mengapa sering saja dia yang bermain d kepalaku...
andai dia bukan untuk aku..
tolong lupuskan dia dari hidup aku...
padamkan dia dr hati aku..
jauhkan dia dr perasaan aku...
mengapa mesti aku rindu lagi dengan dia...
perlu ke aku terus mengalirkan air mata setiap kali..
izinkan aku untuk melupakannya..
aku penat..
sangat penat..
untuk terus mengingati dia..
jauhkan dia dari seluruh hidup aku..


Mohon kepada-Mu Ya Allah!!
Aminn!!

~~issshhhh!!!~~

memburu keliru betul la... samada aku buta mata tau buta hati atau buta kedua-duanya... mengakui aku sangat degil.. PEMBETULAN: hati aku aku yg sebenarnya degil.. hihihi!! (masih ingin membela diri).. memohon kepada-Mu Ya Allah.. tolong betulkan hati aku.. tolong berikan aku petunjuk.. tolong bentangkan kebenaran utk aku.. agar aku tidak selamaya naif.. aku mengalah dlm hal yang satu ini.. aku menjerumuskan diri sendiri dalam masalah.. dan kini, aku merasakan aku terlalu bodoh.. aku sedar.. namun, hati ini begitu tegar utk menerima.. bersabar dan terus bersabar.. walau hakikat yang sebenarnya.. hati aku sakit.. terkoyak.. tercarik.. hancur.. tp tetap degil..

mengapa begini??....

apa ertinya aku dalam hidup kamu?? siapa  aku dalam hidup kamu?? mengapa aku yang kamu nampak?? mengapa aku yang kamu pilih?? dulu tempatku sememangnya tiada dlm hidup kamu.. lau ada pon, tidak dlm rangking top10 perkara penting... kini.. sepertinya seakan-akan sama.. masih belum dapat memasuki senarai top10 itu.. apa tujuanmu?? menyakitiku berkali-kali.. sedarkah kamu.. aku juga manusia biasa.. perempuan lagi.. yg lemah dirinya.. lembut hatinya (walaupun konon-kononnya aku seperti kuat).. rapuh jiwanya.. tegarnya hatimu menyakitiku untuk ke sekian kali.. apa kamu fikir aku patung kayu yang tidak berperasaan?? terang-terangan kamu menyakiti aku.. lagi... lagi... dan lagi...


tapi... isshhhhhh!! aku masih bodoh tidak berperasaan...
merelakan... membiarkan...
kerana aku percaya.... ada hikmah semuanya ini...
mohon sedarkan aku dari lamunan tanpa isi...
semoga segalanya baik-baik saja...
di bawah percaturan telunjuk-Mu...
InsyAllah!! Aminn!!

Jumaat, 17 Jun 2011

~~My HeArT~~

finally...
aku berjaya memiliki apa yg pernah aku idamkan selama bertahun-tahun lamanya... semenjak di bangku sekolah.. membawa kepada universiti.. dan akhirnya hari ini... ia mennjadi milik aku..
mungkin ada sesetengah pendapat yang mengatakan aku berlebih-lebihan dalam hal ini.. namun.. kepuasannya, hanya aku yang tahu... sangat puas + plak aku memilikinya dengan hasil titik peluhku sendiri...
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana mengurniakan aku rezeki.. yang memungkinkan aku mencapai apa yag aku idamkan.. Terima Kasih Ya Allah!!


My Canon 600D Woooaahaa!!!

..........*****.........

P/S: now 4 me.. bercinta dengan kamera ni lebey baik dr bercinta dengan manusia yg tdk pernah faham apa ertinya cinta.. I Love my kamera more than I love u... berharap sgt semoga pemikiran aku ini akan berubah suatu hari nanti.. sbb aku x boley kawen ngn kamera... hihihi!!! 



~~ToLoNg JaDi LeLaKi UnTuK AkU~~

jadilah seorang lelaki untuk aku
lelaki yang tahu menjaga harga diri
tahu menjaga meruah diri
berkebolehan menjadi pemimpin
tegas membuat keputusan
berfikir sebelum bertindak
tahu akan hak sendiri
tahu akan tanggungjawab sendiri

tolong jangan...

menjadi lelaki yg lemah d mata aku
dan yg lain-lainnya
terlalu mengikut telunjuk perempuan
terlalu mendengar kata perempuan
takut untuk membuat keputusan
membiarkan diri dipermainkan
merelakan diri dipijak-pijak
menjadi seorang yang pengecut

berkasih sayang itu tidak salah
namun jangan terlalu melampaui batas
kamu nakhoda kapalku
kamu pemimpin keluargaku
kamu landasan lurus bengkok jalanku
kamu bapa kepada bakal putera puteriku
kamu guru kepada anak-anakku

justeru aku memohon kepadamu...
~~TOLONG JADI LELAKI UNTUK AKU~~




~~BaiK @ BoDoH~~

saban kali aku sentiasa memberi peluang utk sesiapa saja memberi penjelasan berkaitan sesuatu. saban kali juga aku cuba untuk memahami mengapa sesuatu itu berlaku dan d lakukan oleh seseorang terhadap aku. dengan gaya yg sepertinya aku manusia yg tidak berperasaan, mendengar, memahami, menerima, dan sesekali tersenyum kelat pabila segala perbuatan itu di jelaskan kepada aku mengapa, kenapa? dan dengan rela hati, dengan rasa rendah diri aku memaafkan segalanya, melupakan segalanya. (walaupun sbnarnya tanpa penjelasan aku telah lama melupakan segalanya) hidup di teruskan seperti biasa sepertinya tidak pernah berlaku apa-apa yang menyakitkan. hurmmmm... aku sgt bersyukur sebenarnya kerana d anugerahkan oleh Allah utk tidak pernah terdetik di hati ingin menyimpan dendam dan memusuhi org yg pernah menyakitiku. Alhamdulillah!!

namun seringkali aku bertanya kepada diri aku sendiri.. mengapa tidak pernah ada insan yang ingin memberi aku peluang untuk menjelaskan mengapa dan kenapa aku begitu dan begini? mengapa aku melakukan semua itu dan ini.. seringkali aku terus dipersalahkan tanpa diberikan sedikit ruang utk aku membela diri.. aku menerima dengan senyum.. mengapa tidak pernah ada yg cuba untuk mencari peluang untuk memahami aku.. memahami apa kehendak aku.. memahami apa perasaan aku.. mengenali siapa aku.. rasanya tidak pernah aku meminta atau memaksa seseorang utk mengikut telunjuk aku.. mendengar segala kataku.. yang aku pinta, cukup sekadar memahami aku.. mengenali siapa aku.. menerima diri aku seadanya.. melampaukah aku bila begitu??  seringkali aku merasakan yang hidup ini sungguh tidak adil utk aku.. namun.. Allah itu Maha Berkuasa.. dan aku percaya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk aku.. Terima Kasih Ya Allah atas sifat sabar yg Engkau berikan kepada aku selama ini..

Engkau memberikan aku dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa... kerana aku percaya... Engkau amat menyayangi aku sebagai hambamu... walaupun aku tahu.. aku sering alpa dan melupakanmu.. dalam susah mahupun dalam senang.. mohon diberikan aku hidayah dan petunjuk untuk tetap lurus berjalan d jalan-Mu..


....................................****.................................

Ahad, 12 Jun 2011

~~PeNaT~~

sampai bila aku harus begini??
terkontang kanting tanpa arah tuju..
aku da seperti lalang..
d tiup angin ke kanan..
ke kanan lah aku..
d tiup angin ke kiri..
ke kiri lah aku..
aku da penat sebenarnya..
tp aku jugak yg sengaja mencari masalah..
merasakan diri ini kuat..
yg mampu utk menghadapi segalanya...
walaupun aku sebenarnya..
manusia yg lemah..
teramat lemah..
jiwa dan raga...

tolong berikan aku pertunjuk
arah mana yg sepatutnya aku lalui..
tindakan apa yg sepatutnya aku lalui...
terdesakkah aku??
untuk tegar merasakan diri ini kuat..
dan sanggup mencipta
masalah utk diri sendiri...

tolong berikan aku petunjuk