~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 17 April 2011

~~AkU nAk ReHaT BoLeY x?~~

bukan sengaja ingin mengeluh..
namun
rasanya hampir 2 bulan
aku bekerja tanpa cuti
walau hari minggu...
apa hari minggu suda hilang lenyap??
ke mana perginya hari minggu aku??
tolonglah kembali...
aku merayu...
aku memerlukanmu
kerena
sungguh aku penat..
pagi petang
siang malam
kenapa kerja seakan tidak pernah ada penghujung..
bukan sengaja ingin mengeluh...
tp aku siyes penat...
dari demam kepada baik
dari baik kepada demam balik...
namun...
siapa yg sudi mendengar
suara rintih usang aku ini??
siapa yg sudi faham
mcmn x laratnya aku nk bergerak bila aku demam...
mcmn aku nampak dak2 ribena aku tetiba jadi berlapis 2 3
mcmn aku berjalan dlm keadaan kepala yg berpusing2...
apa aku sedang menari??
atau mungkin ada gempa bumi??
haaihhhh!!!
sungguh aku penat..


~~POSITIF--> Hidup Lebih Enjoy~~

semua orang yg berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti tahu bahawa hidup akan terasa lebih mudah dijalani sekiranya selalu berfikiran positif. tp bagaimana  yer nak melatih diri supaya menjadi orang yang befikiran positif?? sebaiknya sebelum melatih diri kamoo, lebey elok lau kenali dulu ciri-ciri org yg berfikiran positif dan dari sini kamoo boleh lah mula cuba utk meniru jalan fikirannya....

1. Melihat masalah sebagai tentangan
bandingkan dengan org yg melihat masalah sebagai dugaan hidup yg terlalu berat. hidupnya bukan sahaja sentiasa dirundung masalah malah jadi paling sengsara.

2. Menikmati hidupnya
pemikiran positif akan membuat seseorang itu menerima keadaan dirinya dgn seadanya, dalam masa yang sama dia tidak mudah berputus asa untuk berusaha mencapai hidup yang lebih baik.

3. Sedia terima cadangan, idea dan kritikan
kerana dgn sentiasa bersedia menerima cadangan,idea dan kritikan, ia bakal membuatkan kamoo mudah menerima perkara baru yang akan membuat sesuatu menjadi lebih baik.

4. Menangkis fikiran negatif
memelihara fikiran negatif lama2 boley d ibaratkan seperti membangunkan singa yang sedang tidur. ertinya boleh menimbulkan masalah yang lebih besar. jadi setiap kali terlintas fikiran negatif di minda,kamoo bijak menyingkirkannya.

5. Mensyukuri apa yg dimilikinya
dan bukan terus menerus mengeluh tentang apa2 yg tdk dimilikinya.

6. Tidak mendengar gosip
sudah pasti,gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. kerana itu, mendengar gosip yg tdk ada kesahihannya adalah perilaku yg dijauhi si pemikir positif.

7. Tidak pernah beri alasan, tapi sentiasa ada tindakan
pernah dgr perkataan NATO [No Action,Talk Only], kan? nah.. mereka ini jelas bukan penganutnya.

8. Menggunakan bahasa positif
maksudnya,kalimat2 yg bernada optimisme, seperti "masalah itu pasti akan dapat diselesaikan," dan "dia memang berbakat."

9. Menggunakan bahasa tubuh yg positif
antaranya adalah senyum,berjalan dgn langkah tegap dan gerakan tgn yg ekspresif atau anggukan.

10. Sentiasa tampil sempurna
itu sebabnya, mereka berusaha tampil baik. bukan haya di luar, tapi juga di dalam.

KAMOO SEORANG YG NEGATIF SEKIRANYA.....

# takut utk berhadapan dgn risiko dan cabaran
# sentiasa duduk d jalan yg selamat dan tidak pernah cuba utk mengubah diri
# sentiasa berprasangka buruk pada org lain biarpun org itu sebenarnya mahu membantu
# tidak bersyukur ngn apa yg dimiliki
# sentiasa menyalahkan diri setiap kali gagal  menyempurnakan sesuatu kerja
# setiap kali kamoo berselisih faham dgn seseorg kamoo tdk pernah cuba memperbaiki keadaan malah semakin mengeruhkan keadaan dan sentiasa berfikiran tidak baik terhadap org tersebut sekalipun dia mahu berbaik dgn kamoo semula.
# suka mencari kesilapan org setiap kali kamoo bekerjasama dalam sesuatu komuniti
# lebih suka bergantung pd nasib daripada berusaha sendiri untuk mencapai sesuatu
# suka lari dari masalah daripada berhadapan dgn masalah tersebut
# sekali org buat silap, selama-lamanya kamoo menghukumnya biarpun dia sbnarnya telah berubah
# hidup dlm dunia kamoo sendiri dan tidak suka bercampur dgn org
# iri hati melihat kejayaan org lain


A TO Z BE POSITIF

A  Accept
terimalah diri sebagaimana adanya

B  Believe
percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yg diinginkan dalam hidup

C  Care
ambil berat terhadap org sekeliling kamoo agar mereka juga agar mereka akn membuat perkara yg sama juga utk kamoo

D  Direct
arahkan fikiran pada hal2 positif yg boleh meningkatkan kepercayaan diri

E  Earn
terimalah penghargaan yg diberi org lain tanpa ada perasaan riak sebaliknya teruslah berusaha menjadi yg terbaik

F  Face
hadapi masalah dgn berani dan yakin

G  Go
bergerak menuju kebenaran

H  Homework
melakukan homework sblom memulai sesuatu kerja itu adalah langkah paling penting utk pengumpulan informasi

I  Ignore
abaikan apa sahaja yg menghalangi jalan kamoo utk mencapai tujuan

J  Jealously
rasa iri hati akan membuatkan kamoo tdk menghargai kelebihan diri sendiri, jadi hindarilah

K  Keep
terus berusaha walaupun beberapa kali gagal

L  Learn
belajar dari kesalahan dan berusaha utk tdk mengulanginya

M  Mind
jaga urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain

N  Never
jgn pernah QUIT dan PUTUS ASA

O Observe
amatilah segala hal di sekeliling, perhatikan, dengarkan dan belajar dari org lain.

P Patience
sabar adalah kekuatan tak ternilai yg membuat kamoo terus berusaha

Q Question
pertanyaan perlu utk mencari jawapan yg benar dan menambah ilmu

R  Respect
hargai diri sendiri dan juga org lain

S  Self confidence, self esteem, self respect
percaya pada diri, mempunyai keyakinan yg tinggi,dan menghormati diri. 3 elemen tersebuat akan membebaskan kita dari saat2 tegang.

T  Take
bertanggungjawab pada setiap tindakan yg kamoo lakukan

U  Understand
fahami bahawa hidup itu pasti akan ada naik turunnya

V  Value
menilai diri sendiri dan org lain agar kita dapat sentiasa melakukan yg terbaik

W  Work
bekerja dgn bersungguh2 dan jgn lupa berdoa

X  Xtra
usaha yg lebih keras pasti akan membawa hasil

Y  You
kamoo... harus percaya bahawa kamoo dapat membuat sesuatu yg berbeza

Z  Zero
tiada usaha, tiada hasil......


P/S: apa yg tertulis kat atas 2, aku petik dr salah sebuah buku motivasi yg aku baca " JADI 'COOL' + POSITIF" PSIKOLOGI SUKA-SUKA... kompilasi ruangan psikologi Majalah Remaja.... saja aku taip balik untuk share bersama krn aku rasa ia berguna utk kita semua... sememangnya hidup ini memerlukan kita utk sentiasa bersikap positif tdk kira dari segi apa... samada dr aspek fizikal, mental mauhupun spiritual... kehidupan hari ini terlalu banyak cabaran dan persaingan yg menyumbang kpd wujudnya pelbagai bentuk tekanan terutama dr segi mental. bg yg sememangnya sudah sering mengamalkan gaya hidup & pemikiran positif, InsyAllah mampu menghadapinya dengan hati yg tenang dan pemikiran yg terbuka... namun, bg yg tidak???? hurmmmm.... hanya kita yg mampu memilih dan mengubah diri kita sebagaimana yg kita mahu dan seperti apa yg kita mahu... semoga sifat2 negatif  itu dpt kita singkirkan dr dlm diri kita... [S.e.N.Y.u.M] ^__^

~~CaTaTaN BeRsAWaNg BuAtMu...~~

Maafkan aku
Kerana terlanjur mencintaimu
Tidak pernah terlintas
Tidak pernah terdetik
Tidak pernah aku meminta
Untuk rasa itu hadir
Aku lebih senang andainya
Antara kita cukup sekadar berkawan
Namun
Semakin hari rasa ini semakin bertukar ganti
Aku keliru kawan
Aku cuba untuk menganggap itu hanya mainan perasaan
Kita tetap kawan sampai bila-bila
Itu kata mulutku dan fikiranku
Ketika itu malah sekarang pun
Tapi kenapa??
Kenapa
Setiap kali aku teringatkanmu
Aku mesti menangis
Hati aku sakit sangat
Hati aku terasa sangat sayu
Aku cuba untuk berlagak seperti biasa
Bila bercakap denganmu
Bila bertemu denganmu
Bila terpaksa melihat ke dalam matamu
Bila mendengar setiap cerita dan masalahmu
Kita tetap kawan sampai bila-bila
Kenapa rasa ini perlu hadir??
Adakah selama ini
Aku menipu diri sendiri???
Adakah selama ini
Aku menidakkan perasaanku sendiri??
Aku keliru kawan
MAAFKAN AKU
KERANA TERLANJUR MENCINTAIMU


P/S: Andai kau sedar dan tahu...

Tolong jgn putuskan persahabatan ini...
 itu akan lebih menyakitkan aku kawan...
kita tetap kawan sampai bila-bila ok???

Selasa, 29 Mac 2011

~~OvEr~~

Game over~~
x perlu nak mimpi lg~~
susah~~
namun~~
d terima~~
pahit~~
namun~~
harus d telan~~
 ~~TeRiMa KaSiH CiNtA~~ walau hanya sementara...

Rabu, 23 Mac 2011

~~SweEt... Best lau dpt suami yg MemaHami McM Ni... ~~

Oleh: Tuah Mohd Bak
231040.9.3_u

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!
heet

Selasa, 8 Mac 2011

~~SePi BuKaN UtK AkU~~

Dedicate this poem 2:~~
  • Azrina, Khairunnass, Suhaiza--> teman susah sng sewaktu d UPSI (DPLI)... byk perkara yg tlh kita share bersama... terima kasih kerana tahan utk mendengar cerita2 dariku... amat2 merindui saat2 itu... terlalu merindui... :'(  hari ini ku terasa amat jauh darimu... dan ku rindu tuk berbicara lg... bercerita tentang pelbagai perkara... MISS U ALL... ~~
  • Jamilah, Zainura, Izdihar, Anna, Meck As--> teman seperjungan sewaktu d USM (DEGREE)... terlalu byk kenangan yg tlh kita tinggalkan.. yg berjaya kita pahatkan d suatu sudut yg tersorok namun InsyAllah akan kekal d situ... gurau senda... teriak melolong... gelak ketawa... menjadi rutin kita... dunia ibarat kita yang punya... LOVE THAT MOMENT SO MUCH ~~
  • Nik Muhd Hasri--> teman persekolahan yg masih kekal hingga hari ini... TQ bea sebab masih menjadi sahabatku... sahabat yg paling byk bersusah sng dgnku... sahabat yg sanggup melakukan apa sahaja... sahabat yg sgt memahami... sahabat yg sudi berkongsi segalanya... mmg kita jauh... terlalu jauh... namun sentiasa dekat... kehilanganmu sesuatu yg paling aku elakkan... sesuatu yg paling aku takotkan... seperti katamu suatu ketika dulu.. "aku x boleh mati selagi kamo belum mati" dan "kamo x boleh mati selagi aku belom mati".

Sahabat..,
Tidakkah kau tahu,,,
Aku terlalu sunyi,,
Perasaan ini begitu menyiksakan,,
Bertemankan sepi dan Hening malam,,
Berjauhan denganmu bukan kehendakku,,,


Tidakkah kau tahu,,,
Teriakku memanggil mu,,
Kesepian ini membuat aku pilu,,,
Betapa aku merinduimu,,
Ingin mendengar suaramu walau sekejap,,
Cuma cukup mengobati laraku,,,

Saat terbenam matahari,,
Hingga terbit fajar,,
Perasaan ku tidak puas,,,
Mimpi indahku tak datang,,
Resah dan gelisah membalut hiba,,
Aku tak dapat tidur,,,
Seperti mereka yang kedamaian,,


Sepi itu indah,,,
Tapi bukan untukku,,,
Karena senyap sunyi itulah,,,
Telah membunuh ku,,,
Telah membunuh ku,,,
Telah membunuh ku,,,

Kini sepi tak lagi untukku
Karena memang sepi bukan untukku
Fajar merekah
Beri kilau kedamaian jiwa

Terulur tangan nan kekar
Menuntun dalam bimbang
Tuk keluar dari sepiku
Karena memang sepi bukan untukku…..



~~ErTi HaDiRmU~~

Ku tak mengerti tentang perasaanku
Setiap kali ku melihat mu
Hatiku begitu damai
Rasa tak ingin ku lewati
Walau sedikit pun
Apakah rasa ini akan selalu ada?
Tetapi aku takut

Jika perasaan ku tak terbalas
Mungkinkah perasaan ku
Akan di balas dengan senyuman
Akupun tak tahu
Mungkin hanya waktu yang bisa menjawabnya

************
****