~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 17 April 2011

~~POSITIF--> Hidup Lebih Enjoy~~

semua orang yg berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti tahu bahawa hidup akan terasa lebih mudah dijalani sekiranya selalu berfikiran positif. tp bagaimana  yer nak melatih diri supaya menjadi orang yang befikiran positif?? sebaiknya sebelum melatih diri kamoo, lebey elok lau kenali dulu ciri-ciri org yg berfikiran positif dan dari sini kamoo boleh lah mula cuba utk meniru jalan fikirannya....

1. Melihat masalah sebagai tentangan
bandingkan dengan org yg melihat masalah sebagai dugaan hidup yg terlalu berat. hidupnya bukan sahaja sentiasa dirundung masalah malah jadi paling sengsara.

2. Menikmati hidupnya
pemikiran positif akan membuat seseorang itu menerima keadaan dirinya dgn seadanya, dalam masa yang sama dia tidak mudah berputus asa untuk berusaha mencapai hidup yang lebih baik.

3. Sedia terima cadangan, idea dan kritikan
kerana dgn sentiasa bersedia menerima cadangan,idea dan kritikan, ia bakal membuatkan kamoo mudah menerima perkara baru yang akan membuat sesuatu menjadi lebih baik.

4. Menangkis fikiran negatif
memelihara fikiran negatif lama2 boley d ibaratkan seperti membangunkan singa yang sedang tidur. ertinya boleh menimbulkan masalah yang lebih besar. jadi setiap kali terlintas fikiran negatif di minda,kamoo bijak menyingkirkannya.

5. Mensyukuri apa yg dimilikinya
dan bukan terus menerus mengeluh tentang apa2 yg tdk dimilikinya.

6. Tidak mendengar gosip
sudah pasti,gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. kerana itu, mendengar gosip yg tdk ada kesahihannya adalah perilaku yg dijauhi si pemikir positif.

7. Tidak pernah beri alasan, tapi sentiasa ada tindakan
pernah dgr perkataan NATO [No Action,Talk Only], kan? nah.. mereka ini jelas bukan penganutnya.

8. Menggunakan bahasa positif
maksudnya,kalimat2 yg bernada optimisme, seperti "masalah itu pasti akan dapat diselesaikan," dan "dia memang berbakat."

9. Menggunakan bahasa tubuh yg positif
antaranya adalah senyum,berjalan dgn langkah tegap dan gerakan tgn yg ekspresif atau anggukan.

10. Sentiasa tampil sempurna
itu sebabnya, mereka berusaha tampil baik. bukan haya di luar, tapi juga di dalam.

KAMOO SEORANG YG NEGATIF SEKIRANYA.....

# takut utk berhadapan dgn risiko dan cabaran
# sentiasa duduk d jalan yg selamat dan tidak pernah cuba utk mengubah diri
# sentiasa berprasangka buruk pada org lain biarpun org itu sebenarnya mahu membantu
# tidak bersyukur ngn apa yg dimiliki
# sentiasa menyalahkan diri setiap kali gagal  menyempurnakan sesuatu kerja
# setiap kali kamoo berselisih faham dgn seseorg kamoo tdk pernah cuba memperbaiki keadaan malah semakin mengeruhkan keadaan dan sentiasa berfikiran tidak baik terhadap org tersebut sekalipun dia mahu berbaik dgn kamoo semula.
# suka mencari kesilapan org setiap kali kamoo bekerjasama dalam sesuatu komuniti
# lebih suka bergantung pd nasib daripada berusaha sendiri untuk mencapai sesuatu
# suka lari dari masalah daripada berhadapan dgn masalah tersebut
# sekali org buat silap, selama-lamanya kamoo menghukumnya biarpun dia sbnarnya telah berubah
# hidup dlm dunia kamoo sendiri dan tidak suka bercampur dgn org
# iri hati melihat kejayaan org lain


A TO Z BE POSITIF

A  Accept
terimalah diri sebagaimana adanya

B  Believe
percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yg diinginkan dalam hidup

C  Care
ambil berat terhadap org sekeliling kamoo agar mereka juga agar mereka akn membuat perkara yg sama juga utk kamoo

D  Direct
arahkan fikiran pada hal2 positif yg boleh meningkatkan kepercayaan diri

E  Earn
terimalah penghargaan yg diberi org lain tanpa ada perasaan riak sebaliknya teruslah berusaha menjadi yg terbaik

F  Face
hadapi masalah dgn berani dan yakin

G  Go
bergerak menuju kebenaran

H  Homework
melakukan homework sblom memulai sesuatu kerja itu adalah langkah paling penting utk pengumpulan informasi

I  Ignore
abaikan apa sahaja yg menghalangi jalan kamoo utk mencapai tujuan

J  Jealously
rasa iri hati akan membuatkan kamoo tdk menghargai kelebihan diri sendiri, jadi hindarilah

K  Keep
terus berusaha walaupun beberapa kali gagal

L  Learn
belajar dari kesalahan dan berusaha utk tdk mengulanginya

M  Mind
jaga urusan sendiri dan tidak menyebar gosip tentang orang lain

N  Never
jgn pernah QUIT dan PUTUS ASA

O Observe
amatilah segala hal di sekeliling, perhatikan, dengarkan dan belajar dari org lain.

P Patience
sabar adalah kekuatan tak ternilai yg membuat kamoo terus berusaha

Q Question
pertanyaan perlu utk mencari jawapan yg benar dan menambah ilmu

R  Respect
hargai diri sendiri dan juga org lain

S  Self confidence, self esteem, self respect
percaya pada diri, mempunyai keyakinan yg tinggi,dan menghormati diri. 3 elemen tersebuat akan membebaskan kita dari saat2 tegang.

T  Take
bertanggungjawab pada setiap tindakan yg kamoo lakukan

U  Understand
fahami bahawa hidup itu pasti akan ada naik turunnya

V  Value
menilai diri sendiri dan org lain agar kita dapat sentiasa melakukan yg terbaik

W  Work
bekerja dgn bersungguh2 dan jgn lupa berdoa

X  Xtra
usaha yg lebih keras pasti akan membawa hasil

Y  You
kamoo... harus percaya bahawa kamoo dapat membuat sesuatu yg berbeza

Z  Zero
tiada usaha, tiada hasil......


P/S: apa yg tertulis kat atas 2, aku petik dr salah sebuah buku motivasi yg aku baca " JADI 'COOL' + POSITIF" PSIKOLOGI SUKA-SUKA... kompilasi ruangan psikologi Majalah Remaja.... saja aku taip balik untuk share bersama krn aku rasa ia berguna utk kita semua... sememangnya hidup ini memerlukan kita utk sentiasa bersikap positif tdk kira dari segi apa... samada dr aspek fizikal, mental mauhupun spiritual... kehidupan hari ini terlalu banyak cabaran dan persaingan yg menyumbang kpd wujudnya pelbagai bentuk tekanan terutama dr segi mental. bg yg sememangnya sudah sering mengamalkan gaya hidup & pemikiran positif, InsyAllah mampu menghadapinya dengan hati yg tenang dan pemikiran yg terbuka... namun, bg yg tidak???? hurmmmm.... hanya kita yg mampu memilih dan mengubah diri kita sebagaimana yg kita mahu dan seperti apa yg kita mahu... semoga sifat2 negatif  itu dpt kita singkirkan dr dlm diri kita... [S.e.N.Y.u.M] ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan