~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 18 April 2012

~~KeRaNa KaMu BuKaN SiApA-SiAPa~~

lumrah hidup bermasyarakat... akan ada saja sikap ingin mengambil berat akan kehidupan masyarakat lainnya d sekeliling... Alhamdulillah!! aku bukan bersendirian d dunia yg fana ini.. masih terlalu ramai insan yg sudi untuk mengetahui bertanya itu ini tentang hidup aku.. justeru, terdapat segelintir daripadanya yg sering bertanya soal mengapa aku memilih dia? dalam hati... aku hanya bersangka baik dan merasakan itu adalah persoalan yg biasa akan ditujukan buat seseorang yg baru membina mahligai cinta seperti aku... [S>E>N>Y>U>M]
dengan slumber selalunya aku akan menjawab.. "kerana dia jodoh yg ditentukan utk aku" [K>E>T>A>W>A] raut wajah tidak berpuas hati geram ditunjukkan dengan jawapan yg diberikan...
[K>E>T>A>W>A]
[di biarkan sepi tanpa jawapan]

KENAPA DIA?
  1. kerana dia sememangnya jodoh yg telah d tentukan oleh Allah swt utk aku... sememangnya jodoh, ajal maut & rezeki itu bukan terletak pada tangan aku.. apabila tiba waktunya jodoh itu sampai walau dalam keadaan yg aku sendiri tdk pernah menduga, terfikir atau bermimpi sekalipun... siyesly, aku seakan2 tidak percaya yg tika itu... dia dtg kembali... dalam masa yg singkat, kami bertunang & berkahwin.. dalam tempoh yg tdk smpai setahun... tanpa aku mengenali latar belakang keluarganya, kawan2nya & lain2... aku bersetuju menerima jodoh ini... Alhamdulillah... aku gembira & bahagia buat masa ini.. InsyaAllah buat selama hayat kami... terima kasih Ya Allah atas kurniaan yg satu ini...
  2. kerana dia tidak memiliki apa2... yaaaaa... aku memilih dia kerana dia tidak memiliki apa2 melainkan dirinya sendiri untuk aku... melainkan keazaman yg tinggi dalam dirinya untuk membina sendiri hidup kami... kerana itu, aku memilih dia... aku tidak mampu mentafsir masa hadapan aku bagaimana... aku berharap, suatu hari kami mampu melihat kembali permulaan hidup kami bagaimana... semoga soal harta benda wang ringgit insyaAllah tidak akan menjadi punca berlakunya pergaduhan dll dalam hidup kami dan semua itu tidak akan menjadi masalah juga dalam hidup aku dan dia...
  3. kerana dia tidak menjanjikan apa2 yg melebihi kemampuannya... dengan cara itu aku amat bersyukur.. InsyaAllah aku tidak akan menyusahkan hidupnya demi untuk memenuhi keinginan aku sendiri... kerana aku percaya faham... dia sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik dan memberi sedia yg terbaik untuk hidup kami... aku manusia yg agak boros berbelanja... dan dengan begitu... akan memotivasikan hidup kami dan aku sendiri untuk tidak terlalu mementingkan diri sendiri... untuk sama2 berusaha mendapatkan sesuatu.. untuk menjadikan kami lebih menghargai sesuatu dan satu sama lain apabila berada dalam kesusahan... 
  4. kerana dia bukan sesiapa... dia hanya seorang individu yg sedang berusaha untuk memberikan yg terbaik untuk rumahtangga kami... dia bukan anak org kaya2... dia bukan org penting d mana2 institusi pekerjaan tau syarikat... dia bukan org yg bergaji besar dll... tapi, dia yg aku kenali seorang yg cekal, tabah dan tidak pernah mengenal erti putus asa. dia seorang yg berjiwa besar dan miliki impian yg tinggi... dia seorang yg mampu hidup berdikari... dan yg paling penting... dia seorang yg tahu apa matlamat hidupnya dan sentiasa berusaha untuk mengapai matlamat itu walau bagaimana cara sekalipun... i'm proud 2 b his wife n his assistant...
  5. kerana dia menerima aku seadanya... dia tidak pernah menetapkan agar aku perlu untuk menjadi seperti itu atau seperti ini... segala kekurangan dan kelebihan aku mampu d terima tanpa perlu d paksa ubah [melainkan dgn kehendak aku sendiri] 
  6. kerana dia dan aku sangat berbeza... aku percaya... dengan perbezaan ini akan lebih mengukuhkan lagi rumahtangga kami... pandangan serta pemikiran kami agak berbeza... dan ini akan membantu kami untuk mampu melihat sesuatu dari sudut pandangan yg lebih meluas...  bukan hanya berpaksi kepada 1 pandangan tau pendapat sahaja... Insyallah melalui perbezaan ini juga mampu membawa kami untuk lebih terbuka dalam meniti kehidupan yang semakin mencabar diiringi liku dan simpang siur yang tdk boleh d tafsir ramal...
aku menerimanya kerana dia adalah dia...
I LOVE U.... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan