~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 7 Februari 2012

~~HaTi TeRdUgA~~

tetiba...
hati terdetik menggatal ingin bertanya...
sejauh manakah dia mencintai aku??
sedalam manakah persaan sayang dia kepada aku?
adakah sejauh aku mencintai dia atau lebih lagi??
adakah sedalam aku menyangi dia atau lebih lagi??
atau mungkin
kurang lagi berbanding aku menyintai & menyanyangi dia...
hurrmmm...
tetiba jugak ...
hati perut aku berasa kecut takut...
tetiba rasa nk menangis meraung...

teringat aku akan cerita dari rakan-rakan...
yaaaaa....
tentunya mereka ini lebih dulu merasai apa yg aku rasai kini...
katanya...
semakin hampir kita dengan hari bahagia...
semakin bercelaru juga hati & persaan ini...
semua perkara d rasakan tidak betul...
segala tindakan d rasakan tidak tepat...
segala perasaan yang hadir disertakan dengan rasa was-was yang membukit...
segala perbuatan dirasakan terlalu menyakitkan...
mungkinkah aku ni telah berada d dalam fasa itu...
fasa kecelaruan hati perasaan...
rasa yakin yang menggunung bertukar menjadi landai kopak...

teringat aku lagi dengan kata2 dari sahabat terdekat...
apabila niat kita yang baik ingin mendirikan masjid...
maka... 
akan datanglah syaitan untuk menghasut...
memanggil... melambai...
agar mendengar bisikannya...
agar niat yang baik itu tidak berjaya dilaksanakan...

Ya Allah Ya Tuhanku...
selamatkanlah aku...
lindungilah hati aku..
dari terus berada dalam kecelaruan...
tetapkanlah hati aku...
agar niat yang baik ini sentiasa mendapat keredhaan dari-Mu...
agar masjid yang ingin dibina ini...
terus berkekalan hingga ke syurga...
Aminn!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan