sahabat,
telah lama rasanya hati ini terlintas untuk mencoretkan warkah terindah buatmu....
mungkin aku sewajarnya berterima kasih kepada kamu kerana telah terlalu menyayangi dan tidak keterlaluan andai aku menyatakan yang kamu juga sering saja mengingati diri seorang aku...
[S.E.N.Y.U.M]
aku sedar yang kamu juga telah terlalu banyak bersusah payah untuk merealisasikan setiap impian dan kehendak hatimu demi diri seorang aku.... terima kasih sekali lagi...
sahabat...
hati aku terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui siapa kamu... namun, mungkin rasa kasih aku padamu yang juga terlalu tinggi telah menyebabkan aku menguburkan sahaja niat itu... aku juga sayang kamu... namun aku meminta sejuta kemaafan darimu sahabat.. kerana aku tidak ingin bersusah payah berusaha untuk mempamerkan rasa sayangku padamu sebagaimana yang telah kamu lakukan padaku...
[D.I.A.M]
sedarkah kamu... setiap usaha susah payahmu untuk aku itu amatlah sia-sia...
mungkin saja rasa puas menggunung tinggi bagimu setelah setiap usaha yang kamu lakukan untuk aku itu terbukti berkesan... aku mampu menerimanya... ia berkesan kepada aku... bukan sekali namun berkali-kali dan juga selama bertahun-tahun...
kamu terlalu menyayangi dan mengingati aku sehinggakan aku pasti menangis setiap kali dan sehingga kini atau mingkin selamanya ia akan sentiasa mengghantui aku... hidup aku... serta masa hadapan aku....
sahabat,
pernahkah kamu terfikir untuk meletakkan dirimu di tempat aku?? merasai setiap segala rasa sayang yang aku terima itu?? kenapa kamu terlalu menyayangi aku??
tolong..
tolong sahabat....
tolong hentikan segala usaha susah payahmu itu...
tolong lepaskan aku agar aku mampu untuk menjalani kehidupan sebagaimana dirimu dan sahabat-sahabatmu yang lain.. aku amat2 merayu minta agar kamu menghentikan segalanya... usah lagi berusaha melakukan sesuatu yang sia-sia... sia-sia di dunia & apalagi d akhirat kelak... aku menyayangimu lebih dari kamu menyayangi aku... kembalilah ke landasan yang sepatutnya... masih ada waktu untuk kamu... InsyAllah!!!
aku memaafkan setiap usaha susah payahmu terhadap aku selama berkali-kali, bertahun-tahun dan sampai bila-bila....
**p/s:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan