perkataan yang tentunya menjadi impian setiap individu
kataku "bahagia itu subjektif sifatnya"
kerana terdapat individu yang sering dipukul disepak
namun mereka bahagia
terdapat individu yang hidup melarat mengemis meminta
mereka juga bahagia
BAHAGIA YANG SUBJEKTIF
aku bahagia apabila.....
- aku mampu mengenali diri aku.. siapa aku yang sebenar... keburukan/ kelemahan yang aku miliki dan mampu aku ubah demi kebahagiaan individu di sampingku.
- aku mampu menggunakan kelebihan yang dimiliki demi membahagiakan orang lain.
- aku dengan ikhlas dan tersenyum berkongsi segala apa yang aku sayangi dan sukai bersama individu yang lain.
- setiap pekerjaan yang aku lakukan seterusnya tidak menyusahkan orang lain sehingga menyebabkan timbul rasa tidak bahagia dalam diri mereka.
- melakukan sesuatu perkara dengan seikhlas hati dan mendapati hasilnya mampu diterima oleh orang ramai.
- aku mampu tampil menjadi antara individu yang dapat membahagiakan orang lain dikala kebahagiaan itu amat didambakan oleh mereka.
- melihat insan-insan/ individu di sampingku mencapai kejayaan yang lebih daripada aku hasil daripada dorongan, sokongan, bantuan daripada aku [walaupun sekadar kata-kata cuma].
- mampu mengawal diri daripada sifat dengki khianat dan pentingkan diri apabila berada dalam kelompok individu yang bersifat seperti itu.
- didampingi individu yang dengan ikhlas berani untuk menceritakan keburukan serta kelemahan yang aku miliki.. kerana dia merupakan individu yang benar-benar menyayangi aku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan