~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 17 Jun 2011

~~BaiK @ BoDoH~~

saban kali aku sentiasa memberi peluang utk sesiapa saja memberi penjelasan berkaitan sesuatu. saban kali juga aku cuba untuk memahami mengapa sesuatu itu berlaku dan d lakukan oleh seseorang terhadap aku. dengan gaya yg sepertinya aku manusia yg tidak berperasaan, mendengar, memahami, menerima, dan sesekali tersenyum kelat pabila segala perbuatan itu di jelaskan kepada aku mengapa, kenapa? dan dengan rela hati, dengan rasa rendah diri aku memaafkan segalanya, melupakan segalanya. (walaupun sbnarnya tanpa penjelasan aku telah lama melupakan segalanya) hidup di teruskan seperti biasa sepertinya tidak pernah berlaku apa-apa yang menyakitkan. hurmmmm... aku sgt bersyukur sebenarnya kerana d anugerahkan oleh Allah utk tidak pernah terdetik di hati ingin menyimpan dendam dan memusuhi org yg pernah menyakitiku. Alhamdulillah!!

namun seringkali aku bertanya kepada diri aku sendiri.. mengapa tidak pernah ada insan yang ingin memberi aku peluang untuk menjelaskan mengapa dan kenapa aku begitu dan begini? mengapa aku melakukan semua itu dan ini.. seringkali aku terus dipersalahkan tanpa diberikan sedikit ruang utk aku membela diri.. aku menerima dengan senyum.. mengapa tidak pernah ada yg cuba untuk mencari peluang untuk memahami aku.. memahami apa kehendak aku.. memahami apa perasaan aku.. mengenali siapa aku.. rasanya tidak pernah aku meminta atau memaksa seseorang utk mengikut telunjuk aku.. mendengar segala kataku.. yang aku pinta, cukup sekadar memahami aku.. mengenali siapa aku.. menerima diri aku seadanya.. melampaukah aku bila begitu??  seringkali aku merasakan yang hidup ini sungguh tidak adil utk aku.. namun.. Allah itu Maha Berkuasa.. dan aku percaya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk aku.. Terima Kasih Ya Allah atas sifat sabar yg Engkau berikan kepada aku selama ini..

Engkau memberikan aku dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa... kerana aku percaya... Engkau amat menyayangi aku sebagai hambamu... walaupun aku tahu.. aku sering alpa dan melupakanmu.. dalam susah mahupun dalam senang.. mohon diberikan aku hidayah dan petunjuk untuk tetap lurus berjalan d jalan-Mu..


....................................****.................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan