~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 22 Jun 2011

~~MeNcUbA TuK MeLuPaKaNmU~~

Ya Allah...
perasaan apakah ini??
mengapa sering saja dia yang bermain d kepalaku...
andai dia bukan untuk aku..
tolong lupuskan dia dari hidup aku...
padamkan dia dr hati aku..
jauhkan dia dr perasaan aku...
mengapa mesti aku rindu lagi dengan dia...
perlu ke aku terus mengalirkan air mata setiap kali..
izinkan aku untuk melupakannya..
aku penat..
sangat penat..
untuk terus mengingati dia..
jauhkan dia dari seluruh hidup aku..


Mohon kepada-Mu Ya Allah!!
Aminn!!

~~issshhhh!!!~~

memburu keliru betul la... samada aku buta mata tau buta hati atau buta kedua-duanya... mengakui aku sangat degil.. PEMBETULAN: hati aku aku yg sebenarnya degil.. hihihi!! (masih ingin membela diri).. memohon kepada-Mu Ya Allah.. tolong betulkan hati aku.. tolong berikan aku petunjuk.. tolong bentangkan kebenaran utk aku.. agar aku tidak selamaya naif.. aku mengalah dlm hal yang satu ini.. aku menjerumuskan diri sendiri dalam masalah.. dan kini, aku merasakan aku terlalu bodoh.. aku sedar.. namun, hati ini begitu tegar utk menerima.. bersabar dan terus bersabar.. walau hakikat yang sebenarnya.. hati aku sakit.. terkoyak.. tercarik.. hancur.. tp tetap degil..

mengapa begini??....

apa ertinya aku dalam hidup kamu?? siapa  aku dalam hidup kamu?? mengapa aku yang kamu nampak?? mengapa aku yang kamu pilih?? dulu tempatku sememangnya tiada dlm hidup kamu.. lau ada pon, tidak dlm rangking top10 perkara penting... kini.. sepertinya seakan-akan sama.. masih belum dapat memasuki senarai top10 itu.. apa tujuanmu?? menyakitiku berkali-kali.. sedarkah kamu.. aku juga manusia biasa.. perempuan lagi.. yg lemah dirinya.. lembut hatinya (walaupun konon-kononnya aku seperti kuat).. rapuh jiwanya.. tegarnya hatimu menyakitiku untuk ke sekian kali.. apa kamu fikir aku patung kayu yang tidak berperasaan?? terang-terangan kamu menyakiti aku.. lagi... lagi... dan lagi...


tapi... isshhhhhh!! aku masih bodoh tidak berperasaan...
merelakan... membiarkan...
kerana aku percaya.... ada hikmah semuanya ini...
mohon sedarkan aku dari lamunan tanpa isi...
semoga segalanya baik-baik saja...
di bawah percaturan telunjuk-Mu...
InsyAllah!! Aminn!!

Jumaat, 17 Jun 2011

~~My HeArT~~

finally...
aku berjaya memiliki apa yg pernah aku idamkan selama bertahun-tahun lamanya... semenjak di bangku sekolah.. membawa kepada universiti.. dan akhirnya hari ini... ia mennjadi milik aku..
mungkin ada sesetengah pendapat yang mengatakan aku berlebih-lebihan dalam hal ini.. namun.. kepuasannya, hanya aku yang tahu... sangat puas + plak aku memilikinya dengan hasil titik peluhku sendiri...
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana mengurniakan aku rezeki.. yang memungkinkan aku mencapai apa yag aku idamkan.. Terima Kasih Ya Allah!!


My Canon 600D Woooaahaa!!!

..........*****.........

P/S: now 4 me.. bercinta dengan kamera ni lebey baik dr bercinta dengan manusia yg tdk pernah faham apa ertinya cinta.. I Love my kamera more than I love u... berharap sgt semoga pemikiran aku ini akan berubah suatu hari nanti.. sbb aku x boley kawen ngn kamera... hihihi!!! 



~~ToLoNg JaDi LeLaKi UnTuK AkU~~

jadilah seorang lelaki untuk aku
lelaki yang tahu menjaga harga diri
tahu menjaga meruah diri
berkebolehan menjadi pemimpin
tegas membuat keputusan
berfikir sebelum bertindak
tahu akan hak sendiri
tahu akan tanggungjawab sendiri

tolong jangan...

menjadi lelaki yg lemah d mata aku
dan yg lain-lainnya
terlalu mengikut telunjuk perempuan
terlalu mendengar kata perempuan
takut untuk membuat keputusan
membiarkan diri dipermainkan
merelakan diri dipijak-pijak
menjadi seorang yang pengecut

berkasih sayang itu tidak salah
namun jangan terlalu melampaui batas
kamu nakhoda kapalku
kamu pemimpin keluargaku
kamu landasan lurus bengkok jalanku
kamu bapa kepada bakal putera puteriku
kamu guru kepada anak-anakku

justeru aku memohon kepadamu...
~~TOLONG JADI LELAKI UNTUK AKU~~




~~BaiK @ BoDoH~~

saban kali aku sentiasa memberi peluang utk sesiapa saja memberi penjelasan berkaitan sesuatu. saban kali juga aku cuba untuk memahami mengapa sesuatu itu berlaku dan d lakukan oleh seseorang terhadap aku. dengan gaya yg sepertinya aku manusia yg tidak berperasaan, mendengar, memahami, menerima, dan sesekali tersenyum kelat pabila segala perbuatan itu di jelaskan kepada aku mengapa, kenapa? dan dengan rela hati, dengan rasa rendah diri aku memaafkan segalanya, melupakan segalanya. (walaupun sbnarnya tanpa penjelasan aku telah lama melupakan segalanya) hidup di teruskan seperti biasa sepertinya tidak pernah berlaku apa-apa yang menyakitkan. hurmmmm... aku sgt bersyukur sebenarnya kerana d anugerahkan oleh Allah utk tidak pernah terdetik di hati ingin menyimpan dendam dan memusuhi org yg pernah menyakitiku. Alhamdulillah!!

namun seringkali aku bertanya kepada diri aku sendiri.. mengapa tidak pernah ada insan yang ingin memberi aku peluang untuk menjelaskan mengapa dan kenapa aku begitu dan begini? mengapa aku melakukan semua itu dan ini.. seringkali aku terus dipersalahkan tanpa diberikan sedikit ruang utk aku membela diri.. aku menerima dengan senyum.. mengapa tidak pernah ada yg cuba untuk mencari peluang untuk memahami aku.. memahami apa kehendak aku.. memahami apa perasaan aku.. mengenali siapa aku.. rasanya tidak pernah aku meminta atau memaksa seseorang utk mengikut telunjuk aku.. mendengar segala kataku.. yang aku pinta, cukup sekadar memahami aku.. mengenali siapa aku.. menerima diri aku seadanya.. melampaukah aku bila begitu??  seringkali aku merasakan yang hidup ini sungguh tidak adil utk aku.. namun.. Allah itu Maha Berkuasa.. dan aku percaya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk aku.. Terima Kasih Ya Allah atas sifat sabar yg Engkau berikan kepada aku selama ini..

Engkau memberikan aku dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa... kerana aku percaya... Engkau amat menyayangi aku sebagai hambamu... walaupun aku tahu.. aku sering alpa dan melupakanmu.. dalam susah mahupun dalam senang.. mohon diberikan aku hidayah dan petunjuk untuk tetap lurus berjalan d jalan-Mu..


....................................****.................................

Ahad, 12 Jun 2011

~~PeNaT~~

sampai bila aku harus begini??
terkontang kanting tanpa arah tuju..
aku da seperti lalang..
d tiup angin ke kanan..
ke kanan lah aku..
d tiup angin ke kiri..
ke kiri lah aku..
aku da penat sebenarnya..
tp aku jugak yg sengaja mencari masalah..
merasakan diri ini kuat..
yg mampu utk menghadapi segalanya...
walaupun aku sebenarnya..
manusia yg lemah..
teramat lemah..
jiwa dan raga...

tolong berikan aku pertunjuk
arah mana yg sepatutnya aku lalui..
tindakan apa yg sepatutnya aku lalui...
terdesakkah aku??
untuk tegar merasakan diri ini kuat..
dan sanggup mencipta
masalah utk diri sendiri...

tolong berikan aku petunjuk

~~MiLiK AKu, BukAn MiLiK AkU~~~

salah siapa??
aku....
kenapa mesti smua ni berlaku..
kenapa mesti aku rasa begini...
bukan ke aku sendiri yg memilih..
untuk menerima..
untuk memahami..
untuk menunggu..
untuk mendengar...

aku sakit hati
kamu milik aku
tp aku x mampu untuk berbuat apa2..
hanya mampu menunggu..
melihat..
mendengar..

bodoh ke aku neh??
hurmmmm...
aku x suka begini..
aku x suka berkongsi..
kamu milik aku
tapi
bukan milik aku...

aku sakit hati..
perasaan aku hancur..
:'(
sakit..


aku rindu kamu Badli Syamsul...
sangat rindukan kamu...