~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 8 Mac 2011

~~BAHAGIAKAH DIRI INI???~~

Manusia bahagia bila dia berupaya
untuk membuka  mata
untuk mneyedari  bahawa dia
memiliki banyak perkara  yang bererti
manusia akan bahagia  bila dia mahu
membuka mata hati
untuk menyedari bertapa  dia dicintai
manusia  akan bahagia   bila dia
berusaha membuka diri
agar orang lain mencintainya
dengan setulus hati
manusia tak bahagia kerana tak
mahu membuka  hati
berusaha meraih yang tad dapat diraih
memaksa untuk mendapatkan segala  yang diinginkan
tak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada
manusia buta, kerana ego dan hanya
memikirkan diri sendiri
tak sedar bahawa dia begitu dicintai
tak sedar bahawa saat ini,
apa yang ada  adalah baik
sering berusaha mencari yang lebih baik
dan
tak mahu sedar kerana nafsu serakah!!
ada kawan yang begitu mencintai
namun tidak diendahkan
kerana memilih, menilai, dan
menghakimi  sendiri
memilih kawan dan memcari-cari
sedangkan di depan mata ada kawan yang sejati
telah memiliki segala yang terbaik
namun tamak
ingin dirinya yang paling diperhatikan
paling disayangi
dan mahu lebih perhatian.
semua manusia memiliki peranan
hebat dan nombor satu  dalam satu-satu  hal
tapi belum tentu dalam hal-hal lain
dicintai oleh satu orang
belum tentu oleh orang lain!!
 kebahagian datang dari dalam diri sendiri
jika mengharap daripada orang lain
bersedialah untuk ditinggalkan
bersedialah untuk dikhianati
kita akan bahagia bila mampu
menerima diri apa dayanya
mencintai dan menghargai diri sendiri
mahu mencintai orang lain
dan mahu menerima orang lain.
percayalah kepada Tuhan   dan
bersyukurlah
Kepada-Nya
bahawa kita selalu diberikan yang terbaik
sesuai dengan usaha kita
tak perlu berkeras hati
dia akan memberi kita di saat yang tepat
apa yang kita perlukan
meskipun bukan hari ini
masih ada esok hari
berusaha dan berbahagialah
kerana kita dicintai
begitu banyak orang…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan