Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
- Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah
suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan
perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang
bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya
bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada
suami mereka”.
- Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada
bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika
bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan
sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada
Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada
Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada
orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada
Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan
apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)
4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7. Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8. Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah
melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang
perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi
nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)
Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan
perkahwinan,iaitu
pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu
semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk
melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana
perkahwinan yang diikat melalui akad
perkahwinan
bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya
berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan
tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.
Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat
yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa
anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah
keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika
ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.
Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai
melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti
berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk
mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam
menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab sumami dan
isteri,iaitu:
Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
- Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
- Membayar mas kahwin kepada isterinya.
- Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap
isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT
dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah
SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi
pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya
berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu)
dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada
mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT
hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang
banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat
baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap
isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang
yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah
pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik
terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan
bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli
keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu
(berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti
pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan
suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya;
dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah
dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah
SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang
diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah
ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya
kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)
7. Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari
perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah
haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum
mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka
menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT
mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah
2:222)
8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah
kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu
Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang
khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf
hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah
rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak
menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi
memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah
isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh
suaminya.
Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang
bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat
keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak
mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan
disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di
bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang
halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya
terhadap keluarga.