~~KiSaH HaTi Aku & DiA~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 18 April 2012

~~KeRaNa KaMu BuKaN SiApA-SiAPa~~

lumrah hidup bermasyarakat... akan ada saja sikap ingin mengambil berat akan kehidupan masyarakat lainnya d sekeliling... Alhamdulillah!! aku bukan bersendirian d dunia yg fana ini.. masih terlalu ramai insan yg sudi untuk mengetahui bertanya itu ini tentang hidup aku.. justeru, terdapat segelintir daripadanya yg sering bertanya soal mengapa aku memilih dia? dalam hati... aku hanya bersangka baik dan merasakan itu adalah persoalan yg biasa akan ditujukan buat seseorang yg baru membina mahligai cinta seperti aku... [S>E>N>Y>U>M]
dengan slumber selalunya aku akan menjawab.. "kerana dia jodoh yg ditentukan utk aku" [K>E>T>A>W>A] raut wajah tidak berpuas hati geram ditunjukkan dengan jawapan yg diberikan...
[K>E>T>A>W>A]
[di biarkan sepi tanpa jawapan]

KENAPA DIA?
  1. kerana dia sememangnya jodoh yg telah d tentukan oleh Allah swt utk aku... sememangnya jodoh, ajal maut & rezeki itu bukan terletak pada tangan aku.. apabila tiba waktunya jodoh itu sampai walau dalam keadaan yg aku sendiri tdk pernah menduga, terfikir atau bermimpi sekalipun... siyesly, aku seakan2 tidak percaya yg tika itu... dia dtg kembali... dalam masa yg singkat, kami bertunang & berkahwin.. dalam tempoh yg tdk smpai setahun... tanpa aku mengenali latar belakang keluarganya, kawan2nya & lain2... aku bersetuju menerima jodoh ini... Alhamdulillah... aku gembira & bahagia buat masa ini.. InsyaAllah buat selama hayat kami... terima kasih Ya Allah atas kurniaan yg satu ini...
  2. kerana dia tidak memiliki apa2... yaaaaa... aku memilih dia kerana dia tidak memiliki apa2 melainkan dirinya sendiri untuk aku... melainkan keazaman yg tinggi dalam dirinya untuk membina sendiri hidup kami... kerana itu, aku memilih dia... aku tidak mampu mentafsir masa hadapan aku bagaimana... aku berharap, suatu hari kami mampu melihat kembali permulaan hidup kami bagaimana... semoga soal harta benda wang ringgit insyaAllah tidak akan menjadi punca berlakunya pergaduhan dll dalam hidup kami dan semua itu tidak akan menjadi masalah juga dalam hidup aku dan dia...
  3. kerana dia tidak menjanjikan apa2 yg melebihi kemampuannya... dengan cara itu aku amat bersyukur.. InsyaAllah aku tidak akan menyusahkan hidupnya demi untuk memenuhi keinginan aku sendiri... kerana aku percaya faham... dia sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik dan memberi sedia yg terbaik untuk hidup kami... aku manusia yg agak boros berbelanja... dan dengan begitu... akan memotivasikan hidup kami dan aku sendiri untuk tidak terlalu mementingkan diri sendiri... untuk sama2 berusaha mendapatkan sesuatu.. untuk menjadikan kami lebih menghargai sesuatu dan satu sama lain apabila berada dalam kesusahan... 
  4. kerana dia bukan sesiapa... dia hanya seorang individu yg sedang berusaha untuk memberikan yg terbaik untuk rumahtangga kami... dia bukan anak org kaya2... dia bukan org penting d mana2 institusi pekerjaan tau syarikat... dia bukan org yg bergaji besar dll... tapi, dia yg aku kenali seorang yg cekal, tabah dan tidak pernah mengenal erti putus asa. dia seorang yg berjiwa besar dan miliki impian yg tinggi... dia seorang yg mampu hidup berdikari... dan yg paling penting... dia seorang yg tahu apa matlamat hidupnya dan sentiasa berusaha untuk mengapai matlamat itu walau bagaimana cara sekalipun... i'm proud 2 b his wife n his assistant...
  5. kerana dia menerima aku seadanya... dia tidak pernah menetapkan agar aku perlu untuk menjadi seperti itu atau seperti ini... segala kekurangan dan kelebihan aku mampu d terima tanpa perlu d paksa ubah [melainkan dgn kehendak aku sendiri] 
  6. kerana dia dan aku sangat berbeza... aku percaya... dengan perbezaan ini akan lebih mengukuhkan lagi rumahtangga kami... pandangan serta pemikiran kami agak berbeza... dan ini akan membantu kami untuk mampu melihat sesuatu dari sudut pandangan yg lebih meluas...  bukan hanya berpaksi kepada 1 pandangan tau pendapat sahaja... Insyallah melalui perbezaan ini juga mampu membawa kami untuk lebih terbuka dalam meniti kehidupan yang semakin mencabar diiringi liku dan simpang siur yang tdk boleh d tafsir ramal...
aku menerimanya kerana dia adalah dia...
I LOVE U.... 


~~SePeRti Yg PeRnAh TeRFiKiR~~

"Ya Allah Ya Tuhanku... aku memohon perlindungan dari-Mu.. jauhkanlah dan peliharalah hati aku dr bersangka buruk dan berhasad dengki dengan manusia makhluk-Mu yang lain... sesungguhnya aku hamba yg lemah dan sentiasa memerlukan petunjuk hidayah serta kasih sayang dari-Mu"

~~SePeRti AbAh~~

aku... ingin jadi seperti abah...
amat bangga andai mampu menjadi seperti abah...
apa yg abah miliki hari ini...
adalah hasil usaha abah sendiri...
tanpa bantuan ayah...
tanpa bantuan mak...
tanpa bantuan sesiapa...
melainkan usaha dan penat lelah abah sendiri...
abah sering sebut...
"abah sekolah atap sahaja"
"abah x pandai pun"
"abah tak memiliki apa-apa"
melainkan tulang empat kerat...
namun...
aku tetap bangga dengan abah...
abah mampu buktikan pada semua...
dia mampu memiliki segalanya...
hari ini...
segala apa yg abah miliki...
tiada siapa mampu mempertikaikan...
dari hanya bermotosikal buruk...
kepada kereta yg agak mewah...
dari hanya bekerja sebagai kuli...
kepada menjadi pemilik sebuah perniagaan...
dari hanya mendiami rumah buruk...
kepada rumah beratus ribu K...
patut sekali utk abah berbangga...
dengan perubahan yg mampu dimiliki...
namun...
abah tetap abah...
masih terus berusaha...
memberikan yg terbaik untuk anak2...
masih hidup seperti dulu-dulu...
tanpa ada rasa bangga diri...
aku ingin menjadi seperti abah...

***
abah... ma...
jgn memanjai anak perempuanmu ini...
tolong berikan peluang...
untuk aku menjadi sepertimu...
berusaha sendiri...
meraih apa yg diingini...
aku tdk suka cakap2 belakang...
aku tdk suka berprasangka buruk...
aku tdk suka rasa dengki khianat itu wujud...
aku tdk suka.....
aku tahu niatmu ingin membantu...
kerana aku tahu segala usaha penat lelahmu untuk aku jua...
namun aku takut...
ada manusia yg tdk faham
duduk perkara yg sebenarnya...
kekeliruan akan wujud...
persengketaan akan tercetus...
aku ingin menjadi seperti abah...


Selasa, 10 April 2012

~~SuRi HiDuP Mu~~

1
2
3
4
5
6
mengapa mesti d sertakan nombor??

apa yang pasti...
nombor ini amat bermakna...

makna yg terlakar kerana 1 2 3 4 5 6 itu
merupakan bilangan hari
aku mampu menjadi suri hidupmu...
menunaikan tanggungjawab
sebagai seorang suri yg telah terpilih antara sekaliannya...
3 ~ 8 April 2012
terima kasih yg tdk terhingga d titipkan...
kerana sudi memberi wujudkan peluang
untuk aku membiasakan diri
dengan tanggungjawab sebagaimana yg sepatutnya..
terima kasih juga
kerana membuka jalan
untuk aku memungut pahala atas segala 
yg aku kerjakan...
ikhlas
gembira
senang hati
bahagia
kerana aku berpeluang untuk merasainya...
aku sangat bahagia untuk melakukan segalanya untukmu...
tika ini
saat ini
dan InsyaAllah sampai bila2...
Amin!!
tolong kamu aminkan doaku ini 
demi untuk kebahagiaan kita bersama...




Ahad, 1 April 2012

~~RiNdU~~

RiNdU....
satu rasa perasaan yg lahir dari hati...
perkara normal yg hadir wujud dalam diri manusia...
lumrah andai d ucap bicara antara manusia sesama..
ibu bapa..
kekasih...
teman...
sahabat...
suami isteri...
adik beradik...
dan lain-lainnya...

RiNdU...
satu rasa yg kadang2 agak sukar untuk d tafsir faham...
kadang2 agak sukar untuk d terima akal...
sukar untuk d sekat halang...
sukar untuk d selami mengerti...
cukup hanya diri sendiri yg memahami mengerti...
walau d perjelas bicara 
kadang masih juga sulit utk d terima proses...

***
terima kasih utk rasa rindu itu...
rasa rindu yg saban hari d ucap bicara...
tahu amat...
ucap bicara itu ikhlas dan bermakna...
bukan mainan...
bukan juga gurauan semata...
itu normal...
terutama utk golongan seperti kita...
malahan utk sesiapa juga mungkin...

andai perasan sedar...
rasa rindu yg d ucap bicara
kadang d sambut slumber tanpa perasaan...
dibiarkan mengelak mengalih tajuk bicara...
walau ungkapan bicara itu sering d nanti tunggu...
saban ketika.. saat dan ketika...
maaf...
bukan berniat utk tdk memahami...
namun diri ini takut rasa itu tdk mampu d kawal
sebagai manusia biasa yg normal...
rasa rindu itu turut hadir...
menerjah menghantui saban ketika...
namun kita masing2 mempunyai tanggungjawab...
tanggungjawab yg menjadi amanah...
andai d layan berlebihan rasa itu...
takut segalanya nanti tdk mampu d laksanakan...
cukup antara kita cuma yg tahu...
betapa rasa itu terlalu membukit menggunung...
tidak perlu d pamer tunjuk kepada keliling...
seolah hanya kita cuma yg layak merasai...
cukup cuma hati yg berbicara...
bahawa...
[A.K.U R .I.N.D.U K.A.M.U]
HANYA KAMU
SATU-SATUNYA

~~JANGAN dalam ISLAM~~


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.


- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna


- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.


- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.


- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.


- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.


- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.


- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

~~aKU bUkAn wAnItA cAnTiK iTu....~~


Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
... 2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…

Dirimu yang sedap mataku memandang.
Cantik itu subjektif!

i will... InsyAllah!!